Saturday, August 09, 2008

Ledakan Fenomena


Pemimpin mencipta fenomena, mencetus revolusi.


Saya akan cuba membawa pembaca meledakan minda ketika membaca tulisan cubaan pertama kali saya tentang konsep ini. Saya yakin selepas ini ramai pemimpin yang boleh mencipta fenomena!

Ledakan Fenomena 1 : Titik pertemuan

Saya yakin teori ini diguna pakai oleh kebanyakan pemimpin dunia. Mencari titik pertemuan bukanlah suatu yang sukar. Hanya perlu guna konsep try, test and success kepada sasaran anda. Bagaimana?

Mudah saja..

1. Letakkan diri anda di tempat sasaran anda berada. Di tempat yang biasanya mereka berkumpul, melakukan aktiviti dan sebagainya. Dampingi mereka, gunakan skill komunikasi yang ceria, memujuk dan ringkas. Jangan terlampau menunjukkan yang anda sedang melebarkan pengaruh anda. Yang paling penting, cara anda mesti mengikut keadaan sasaran. Kesannya, anda pasti berjaya!

2. Manfaatkan peluang dan gunakan ruang yang anda untuk anda tonjolkan diri dan bakat anda. Pastikan anda adalah seorang yang fleksibel dan berbakat tinggi dalam semua bidang. Tak kira sama ada bidang sukan, akademik atau apa-apa bidang yang boleh mencetus daya tarikan anda kepada sasaran. Tetapi, jangan mengaku kalah jika anda sedar anda tidak punya bakat dalam sesuatu bidang. Cubaan pertama kali anda mungkin berjaya jika anda bersungguh-sungguh untuk mencapai visi anda. Ingat! jangan menyerah sebelum berperang, jangan berundur sebelum menentang.

3. Pastikan anda membuat pelan susulan daripada tindakan-tindakan anda terhadap sasaran. Ingat, pemimpin yang baik adalah pemimpin yang sistematik. Jangan syok sendiri hingga lupa matlamat asal.

Sampai disini, Ledakan bersambung..



Combat_ic
APIUMNP
5.06pm

No comments: