Salam alaik buat diriku.. Moga sentiasa diberkati Allah.. 26.Ogos.2008- Sanatul Hilwah-19.. :)
Diriku..
Hari ini tanggal keramat
Tarikh bersejarah..
Tahukah engkau?
Hari ini hari lahirmu..
Diriku..
Usah kau harap ucapan tahniah
Usah kau tagih kata-kata indah
Usah kau damba mutiara jamilah..
Awas!
Yang kau perlu tunggu ialah kata takziah
Yang kau perlu dengar ialah ungkapan tegar
Yang bisa membuatkan kau sedar
Dimana kau saat ini..
Diriku..
Aku hairan mengapa kau perlu bahagia hari ini
Kulihat senyuman manis meniti di bibirmu..
Kulihat tawa menghiasi wajahmu..
Hentikanlah!
Kau patut rasa gerun
Kau harus rasa takut
Kau patut rasa cemas..
Mengapa diriku?
Tolong jangan begitu..
Kerana kau perlu tahu
Umurmu kini sudah meningkat
Bebanmu kian memuncak
Masamu kian meruncing
Malah, dosamu kian menimbun!
Nah!
Mengapa lagi kau harus bahagia?
Kau tahu bukan,
Kalau dulu, insan-insan hebat
Sudah bisa mencipta fenomena
Tika di dalam umur sepertimu
Saidina Ali,’
Mus’ab b. Umair,
Siti Aisyah,
Zaid b. Harithah..
Semuanya sudah menggoncang dunia
Di saat mereka kecapi genap umur sepertimu..
Diriku,
Sedarlah dikau,
Tanggungjawabmu dan amanahmu semakin berat
Berat.. ya, berat.. malah, sangat berat!
Lihatlah diriku,
Bagaimana teruknya rakan seumurmu saat ini..
Bergelumang dengan debu dosa
Pula, mencalit noda ke muka orang tua..
Tiada siapa yang mahu ambil peduli..
Tiada siapa yang mahu menasihati..
Bahkan, kau jua kini masih tidak berdaya menangani
Patutkah kau bahagia saat ini?
Diriku,
Setakat umurmu kini,
Apakah sumbangan kau buat Islammu?
Apakah sumbangan kau buat agamamu?
Apakah sumbangan kau buat ummatmu?
Jika kau menghadap Rabbmu,
Apakah jawapan yang ingin kau persembahkan?
Apakah kata yang ingin kau nukilkan?
Diriku,
Fikirlah..
Masih tidak terlambat buatmu mengecapi kejayaan buat Islam..
Bangkitlah..
Bina revolusi buat ummatmu..
Segeralah..
Selamatkan Islammu yang kini amat menyedihkan..
Diriku,
Jika bukan dirimu siapa lagi?
Jika bukan sekarang bila lagi?
::monolog LayyinulHarir::
1 comment:
wah!..tempiasnya sungguh ku terasa...
ku harap kesedaran buat ku ini bkn hanya utk sementara setelah t'baca puisi ini...
kelalaian ku pada dunia amat ketara setelah tersedar nya...
Astarghfirullah....
Post a Comment