Friday, May 30, 2008

Tips untuk pelajar cemerlang!


Assalamualaikum sahabat2 fillah..

harini rasanya ana nak share beberapa tips untuk jadi pelajar cemerlang..Tips ni sesuai untuk adik2 yg nak ambil upsr,pmr dan spm..juga untuk adik2 stam dan stpm.. tak ketinggalan buat seluruh mahasiswa dan mahasiswi..
moga apa yang ana kongsi ni membawa manfaat untuk semua..ingatlah,kejayaan kita adalah kejayaan buat Islam.. ameen.. :)


Tips pertama : Kita kena sedar apa matlamat utama menuntut ilmu?


1. Untuk mengetahui tuntutan Allah ke atasnya sebagai hamba dan khalifahnya di muka bumi ini.

Firman Allah dalam surah al-baqarah ; 30 yang bermaksud:

“Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di atas muka bumi ini."

2. Menggunakan kelengkapan-kelengkapan yang Allah kurniakan seperti akal dan pancaindera sebagai jalan untuk mengenal Allah.


Firman Allah di antaranya:
a) أفلا تعقلون (Apakah kamu tidak menggunakan akal?)
b) أفلا تتذكرون (Apakah kamu tidak menggunakan fikiran?)
c) أفلا تنظرون (Apakah kamu tidak melihat?)

3. Untuk mengikuti jalan kebahagian yang hakiki di dunia dan akhirat.


Firman Allah dalam surah maryam ; 4 yang bermaksud:


“Wahai bapaku telah datang kepadaku ilmu yang tidak didatangkan kepadamu maka Ikutlah aku,aku akan tunjukkan jalan yang lurus”.

4. Untuk memberitahu kepada kita bahawa selain alam, benda yang wujud ini ada alam ghaib yang wajib diimani.


Firman Allah dalam surah al-baqarah ; 3 yang bermaksud :

“Orang yang beriman dengan perkara ghaib, mendirikan solat dan sebahagian apa yang Kami kurniakan kepada mereka dibelanjakan”

5. Untuk mengetahui kesudahan hidup kita dan kehidupan yang sebenarnya,


Firman Allah dalam surah al-ankabut ; 64 yang bermaksud :


“Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah yang sebenar kehidupan, kalau mereka mengetahui”.



tips kedua : Anda mesti berani dan yakin diri untuk berjaya

Kegagalan seseorang mungkin berpunca dari sini – gagal mengambil langkah pertama kerana kurang keyakinan diri dan takut tidak berani. Akhirnya apa yang dicita-cita, walau sebaik mana sekalipun akan mati ditengah jalan dan hidup tidak akan diubah ke satu tahap yang lebih baik.

Perubahan akan dicapai hanya dengan berusaha. Usaha pula perlu disandarkan kepada ilmu, keyakinan diri dan sikap berani. Setelah itu, bertawakal kepada Allah kerana Dia tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia mengubahnya dahulu.

Cara membina keyakinan diri :


1) Yakinlah Allah (SWT) sentiasa bersama anda setiap masa. Sekiranya usaha yang anda lakukan itu adalah pekerjaan yang halal dan tidak melanggar perintahNya, insya-Allah, Dia akan sentiasa bersama anda.
2) Mulakan langkah pertama walaupun anda mungkin tidak yakin atau tidak berani. Tolaklah perasaan was-was. Langkah pertama itu penting, kerana jika anda tidak memulakannya, bagaimana anda akan tahu tahap kemampuan anda?
3) Tolak pandangan negatif orang lain terhadap anda. Mungkin pandangan-pandangan seumpama itulah yang akan membuatkan anda memandang kecil kemampuan diri sendiri. Tonjolkan diri anda yang selama ini belum orang kenali. Anda berani, anda boleh dan anda mampu.
4) Jangan mudah putus asa. Anda mungkin akan menghadapi masalah dalam usaha yang anda jalankan, tetapi masalah itulah yang akan membantu anda.

Bagaimanakah hendak menjadi seorang pelajar yang baik? Mungkin perkara-perkara di bawah akan membantu para pelajar mengenal taraf mereka sebagai seorang pelajar yang baik.Apakah anda mempunyai ciri-ciri ini?

1) Anda mestilah mempunyai rangka kerja untuk setiap hari.
2) Anda benar-benar mengiku rangka kerja yang telah dibuat .
3) Anda sentiasa bersedia memulakan sesuatu matapaljaran.
4) Anda sentiasa menyiapkan kerja yang diberi pada waktunya.
5) Anda merasa kerja-kerja yang dilakukan amat menarik.
6) Anda gemar duduk dibarisan hadapan dan tidak menyorok di belakang.
7) Anda sering merujuk kepada guru mengenai perkara-perkara yang anda tidak faham.
8) Anda satukan nota-nota bagi setiap matapelajaran .
9) Anda membuat nota-nota ringkas dari kuliah yang dihadiri .
10) Anda membuat carta dan rajah sendiri untuk meringkaskan bahan-bahan yang telah dibaca.
11) Anda tidak berjaga malam untuk mnghadapi peperiksaan .
12) Anda mendapat tidur yang cukup.

Membaca menjemukan ?Membaca meletihkan ? Kalau begitu, anda perlu berbuat sesuatu untuk mengatasinya. Anda boleh jadikan membaca satu hiburan, bahkan satu ketagihan kalau anda menguasai teknik-teknik membaca yang tepat. Anda tentu terkejut, kalau Imam Syafie boleh membaca Al-Quran 3 kali khatam dalam satu hari. Begitu juga dengan Imam Hambali , Hanafi dan imam-imam yang lain. Malah ada yang lebih hebat , para Sahabat khatam Al-Quran satu malam tiga kali.

Tips ketiga : teknik-teknik studi


Belajar adalah suatu seni yang unik dan flexible. Setiap orang mempunyai cara studi yang tersendiri.Namun begitu bolehlah kita rumuskan bahawa teknik-teknik studi yang dilalui oleh seseorang pelajar itu tidak lari dari beberapa teknik berikut:

1) Mengulangkaji secara perseorangan dan menghafal pelajaran.
2) Diskusi cara berkumpulan.
3) Membuat nota dan kertas kerja.
4) Menganalisis soalan –soalan peperiksaan tahun lalu.
5) Memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kuliah.
6) Talaqqie dan bertanya kepada pensyarah.
7) Mempunyai jadual waktu yang teratur.
8) Menghadiri seminar-seminar peperiksaan.

Gabung jalin yang seimbang dari teknik- teknik tersebut di atas akan memberi kesan yang kepada kita dalam menguasai dan memahami bidang yang diceburi seterusnya menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.


tips keempat : langkah-langkah terbaik untuk studi

Sebelum studi :



1) Memilih masa yang sesuai. Ini bergantung kepada individu. Tidak ada satu formula khusus yang boleh dijadikan panduan tetap. Ia berdasarkan kesesuaian. Namun berdasarkan kajian, waktu pagi adalah waktu yang paling baik untuk studi.

2) Memilih subjek yang sesuai dengan masa secara teratur . Utamakansubjek yang susah pada waktu yang paling baik seperti waktu pagi dan subjek yang yang ringan diwaktu yang lain.

p/s : Perkara pertama dan kedua ini amat berkait rapat dengan penyusunan jadual waktu dan jadual studi yang sistematik.

3) Memilih tempat studi yang baik dan selesa .Jauhi dari studi sambil berbaring di atas katil atau di atas sofa.

Anda boleh mengubah selera studi pada ketika tertentu dengan mengambil peluang untuk studi ditempat yang tertentu yang dapat memberikan anda ketenangan , menghilangkan mengantuk, dan memberikan semangat yang baru . Contohnya anda boleh studi di :
· Masjid
· Taman atau padang.

Begitu juga anda boleh studi sambil berdiri atau berjalan . Cara begini baik ketika anda di serang mengantuk.


4) Studi dalam keadaan berwudhuk dan bersuci , di tempat dan persekitaran yang bersih dan nyaman.


5) Memulakan studi dengan membaca doa.

Semasa studi

Gunakan teknik-teknik berkesan ini :


· Menggariskan atau mewarnakan fakta-fakta penting. Sebaik-baiknya fakta –fakta penting ini diasingkan daripada buku teks dan dijadikan nota.
· Mencatat isi penting secara ringkas ditepi muzakkirat dengan tulisan yang kemas dan bersih .Anda boeh menulisnya beberapa kali diatas kertas dengan tujuan menghafal.
· Mencatat dan membuat kesimpulan melalui gambarajah didalam kertas setelah selesai membaca .
· Membaca satu topik secara berulang kali sehingga anda benar-baner faham sebelum berpindah ke topik yang baru.
· Mencari semua makna perkataan yang sukar difahami.


p/s : Teknik studi yang ditemani unsur malas , sambil lewa , melepaskan batuk ditangga atau lain-lain unsur yang negatif, akan merugikan masa dan tenaga. Pastikan anda benar-benar memanfaatkan masa dan tenaga untuk hasil yang maksimum.


teknik menghafal

Kemampuan dan kemahiran menghafal adalah antara faktor penting yang menentukan kejayaan seseorang mahasiswa didalam peperiksaan. Antara perkara yang mempercepatkan proses penghafalan ialah:
· Kesungguhan
· Usaha yang berulang-ulang dan berterusan.
· Mengurangkan makan.
· Qiamullail.
· Selalu membaca Al-Quran
· Sentiasa berwudhuk.


Disamping itu kita hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh melemahkan ingatan dan membuatkan kita cepat lupa. Sebab utama yang menghalang kita dari mempunyai (makalah) hafalan yang kuat ialah melakukan maksiat.

Antara teknik-tekniknya ialah :
· Memilih waktu yang sesuai iaitu ketika fikiran masih segar dan tidak berkecamuk dengan apa-apa masalah.
· Menghafal dalam suasana tenang tanpa gangguan luar.
· Menghafal berulang-ulang kali sehingga benar-benar ingat. Sekiranya pelajaran yang dihafal itu adalah Al-Quran, pastikan anda mengulang-ulangi ayat yang dibaca sebanayak 5 kali diperingkat permulaan. Apabila semua ayat telah dibuat demikian , ulang semula hafalan dari ayat yang pertama sehingga ayat terakhir beberapa kali. Apabila anda telah ingat pelajaran yang dihafal jangan tinggalkannya dalam jarak yang lama kerana akan menyebabkan anda lupa semula.
· Menggunakan semua pancaindera .jangan menghafal hanya menggunakan mata dan hati semata-mata kerana ini akan membuatkan anda lambat inagt dan cepat lupa .Disamping melihat apa yang dihafal , anda hendaklah menyebut dengan lidah , mendengar apa yang disebut dan menulisnya diatas kertas secara berulang-ulang kali.
· Bukan semua teks harus dihafal. Hafallah point-point penting dari nota dan cuba mengingatinya secara gambarajah atau carta. Ini akan membuatkan anda dapat menguasai tajuk tersebut.
· Cuba cari teman untuk (berlawan hafal) .Buatlah soal jawab dengan teman tersebut kerana ini akan membantu anda mengingatinya dengan cepat dan dapat bertahan lama .


teknik Diskusi


Diskusi adalah kaedah perbincangan pelajaran didalam kumpulan kecil, ianya boleh dikendalikan oleh seorang ketua yang berkemampuan untuk memastikan keberkesanan dan hidupnya diskusi tersebut.


Antara kelebihan diskusi:
· Lebih mudah memahami pelajaran. Ini kerana kita dapat memberikan konsentrasi yang lebih semasa berbincang berbanding dengan membaca sendiri, disamping dapat mengurangkan gangguan seperti mengantuk, malas dan gangguan kawan-kawan. Diskusi juga boleh memberikan kita kefahaman yang lebih tepat terhadap maksud teks pelajaran.
· Membantu menyediakan nota. Melaluinya kita akan lebih mudah memetik fakta –fakta penting didalam teks. Secara tidak langsung ia membantu kita dalam menyiapkan nota yang baik.
· Berkongsi maklumat kuliah dan pengajian.
· Lebih menjimatkan masa.
· Menjadikan otak lebih aktif dan kreatif.
· Memudahkan kita mengingati pelajaran itu.

Namun begitu kita dapati banyak diskusi yang diadakan menemui jalan buntu .Antara faktor – faktor kegagalan sesuatu diskusi :
· Ketua kumpulan kurang berkemampuan .
· Anggota diskusi tidak bersedia dengan topik-topik yang akan dibincangkan . Ini akan menyebabkan diskusi yang diadakan menjadi kaku dan seterusnya menimbulkan rasa jemu dikalangan anggota diskusi.
· Anggota diskusi tidak dapat memberikan interaksi dan penglibatan yang sepatutnya. Ini menyebabkan diskusi tersebut seolah-olah dihadiri oleh seorang atau dua sahaja.
Dari sini boleh kita membuat kesimpilan bahawa diskusi yang berjaya mempunyai ciri-ciri berikut:
· Dikendalikan oleh seseorang yang lebih berkemampuan
· Disertai oleh seorang atau dua peserta yang bijak dan kreatif.
· Menepati masa yang ditetapkan.
· Memperbanyakkan soal jawab dalam perbincangan.
· Peserta telah membaca dahulu topik-topik perbincangan atau mempunyai gambaran ringkas mengenainya.
· Menggunakan gambarajah atau papan hitam jika perlu.
· Diselangi oleh perkara-perkara sampingan seperti berehat lima minit, makan , minum dan sebagainya.

teknik tentang Nota


Nota adalah ringkasan dan isi –isi penting dari matapelajaran yang kita dipelajari. Kejayaan seseorang pelajar di dalam peperiksaan banyak bergantung kepaada kemampuannya menyediakan nota yang baik.Hasil dari satu eksperimen yang dijalankan didapati pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25% .Antara kelebihan membuat nota ialah:
· Menjimatkan masa untuk ulangkaji ringkas terutamanya disaat akhir peperiksaan.
· Nota sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi matapelajaran berikut.
· Membezakan diantara fakta yang penting dan yang kurang penting . Ini bererti nota yang kita tulis itu adalah rumusan penting ynag sebaik-baiknya kita kuasai dan hafal.
· Memudahkan proses mengingat.


Berikut adalah senarai langkah-langkah membuat nota yang baik
· Membaca teks pelajaran secara menyeluruh sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebelum membuat nota.
· Mendapat kefahaman yang menyeluruh.
· Nota yag dibuat mestilah mengikut teks dalam perkara-perkara berikut (ta’rif , dalil , bahagian-bahagian , pendapat-pendapat ). Ini adalah kerana perkara-perkara ini perlu dihafal.
· Menggabungkan syarahan pensyarah dan teks.
· Membuat rujukan ketika perlu.
· Gunakan buku atau kertas kajang yang baik . Sebaik-baiknya menggunakan garisan-garisan berjalur.
· Pastikan tulisan anda jelas, terang dan mudah dibaca. Sebaik-baiknya gunakan dakwat yang lebih jelas dan mudah dibaca.
· Gunakan teknik menggaris kata kunci , simbol , ringkasan huruf dan gambarajah jika perlu.
· Nota yang dibuat hendaklah ringkas dan padat.

p/s : Pelajar perlu bijak mengolah dan memanjangkan nota ini ketika peperiksaan.Di sini letaknya peranan kebolehan kita mengarang dengan baik dan peranan kefahaman yang jelas. Tanpa kefahaman dan kebolehan mengarang , bagaimanakah kita akan mendapat markah yang baik. Kerap kali pelajar yang bergantung kepada nota menjadi kaku di dewan peperiksaan dan gagal untuk mengingati kembali isi kandungan paelajaran yang dipelajari .Lebih dahsyat lagi , apabila dia hanya bergantung kepada nota tanpa membaca muzakkirat.

--TIPS END--

alhamdulillah,moga apa yang ada boleh diambil dan diamalkan.. ana doakan semua berjaya di dunia dan di akhirat.. selalu kan kita dengar,kalo jadi doktor,jadilah doktor yang beriman.. begitu juga jurutera,peguam,pelukis,penulis dan lain-lain.. insyaAllah.. ameen..

No comments: