Filem AYAT-AYAT CINTA vs Novel AYAT-AYAT CINTA
Dalam kebangkitan novel-novel Islamik di serata dunia,Ayat-ayat cinta(AAC) muncul membawa kita menyelusuri erti cinta sebenar. Ana cukup kagum dengan novel yang ditulis oleh penulis dari Indonesia ini ; Habiburrahman.. Dan bila diberitakan cerita AAC ini akan difilemkan,ana sungguh teruja dan tidak sabar menanti..
Kini,bila melihat kepada gaya persembahan filem tersebut,ana rasa cukup kecewa. Sesungguhnya novel AAC yang ana telah baca sangat berbeza dengan apa yang telah difilemkan. Dari aspek jalan cerita,perwatakan yang dibawa oleh watak,pergaulan.. Memang berbeza.
Jalan cerita novel tersebut penuh Islamik,mengajar remaja cara 'cinta' dengan jalan yang sepatutnya. Novel yang sangat mencetuskan rasa cinta pada Tuhan,sifat memelihara agama dan ketinggian Islam.
Watak Aisya yang ana impikan di dalam filem tersebut ialah Aisya yang seperti di dalam novel.. Penuh dengan sifat-sifat muslimah solehah ; lemah lembut,menjaga pandangan,memelihara diri.. Juga watak Nurul.. Nurul seorang yang menjaga agamanya. Berbeza dengan di dalam filem,ada scene Nurul meraung apabila dimaklumi bahawa Fahri menyintai Aisya,bukan dirinya. Ah,lain sekali..
Fahri di dalam novel juga seorang yang amat mengamalkan Islam yang sempurna dalam kehidupannya. Menjaga ikhtilat dan pergaulan,menjaga mata,berwatak sebagai seorang mahasiswa yang alim dan menjadi rujukan orang ramai.. berbanding di dalam filem,sungguh mengecewakan ana..
Jadi kepada sesiapa yang ingin merasai halawah AAC yang sebenar,anda boleh mendapatkan novel tersebut di kedai buku berhampiran. Atau download novel AAC versi pdf. Selamat mencuba!!
-maaf segala kekhilafan ; Astaghfirullah li walakum-
::LayyinulHarir::
02:20 a.m
No comments:
Post a Comment