andai dapat diri ini
menggapai indahnya syurga
dihiasi taman-taman kehijauan
bersama aliran sungai
dingin,tenang dan damai..
nun di sana
insan bergurau senda
si dia petah bercerita
tampak bahagia
bagai tiada fitnah lagi
seperti ku alami di dunia
bebas!
lakukan lah apa saja semahumu
kerana puas sudah dulu
engkau bermujahadah
melawan sedayamu
menangkis semampumu
segala noda
dan bisikan musuhmu..
nun disana lagi
ceria sekali
pasangan memadu asmara
membaja benih cinta
yang dulu di dunia
haram bagimu berdua
kerana yang ketiga
bakal meletakkan dirimu
pada bahang api neraka..
indah sekali syurga itu ya Tuhanku..
tapi hakikatnya
aku masih di dunia,
kakiku masih dirantai
tanganku masih dibelenggu
salah langkah pasti binasa..
sukarnya di dunia
ternyata thoghut menguasai
setiap inci
setiap meter
tiada yang terlepas
tiada yang tersembunyi
oh,alangkah susahnya..
mahu saja saat ini
aku ke syurga
tapi aku sedar
betapa tingginya mahar syurga
hingga tak dapat rasaku
untuk menggapainya
apatah lagi
untukku mencapainya..
ya Rahman,
andai dapatku cium
harum syurga sekali
akan kubuang
segala wangian duniawi...
::layyinulHarir::
malam exam=imtihan dunia..
No comments:
Post a Comment