Friday, March 14, 2008

aku cemburu..

tika melangkah
mengharungi duri-duri kepayahan
meneruskan perjuangan
dengan harapan
bumi kembali disinari cahaya islam
aku menghitung diri

kulihat
mereka bergembira
tenang bersahaja di meja belajar
duduk bersama
menelaah buku

sedangkan aku
terkejar kesana kemari
sambil mengendong
kitab dakwah dan haraki

aku melihat lagi
mereka lena diulit mimpi
tanpa rasa resah
merenung masalah ummah

tak kusedari
hati ini cemburu
dengan ketenangan mereka
dengan kelapangan masa
tanpa perasaan letih dan lelah
tanpa rasa beban
senang sahaja menelaah
tenang sahaja menghadiri kuliah

aku ini
berjaga di kala insan lena
tidur sejam dua cuma

aku ini cemburu...




::bersambung::

No comments: