Orang yang sakit selalu idamkan mereka sihat semula. Tetapi orang yang sihat tidak pernah menggambarkan sakit itu bagaimana. Begitulah manusia, tidak pernah bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah kurniakan.
Bila sakit, tiada siapa yang
Anda tahu apa yang orang sakit tidak boleh lakukan sebagaimana orang sihat lakukan?
1. Solat. Nak solat sangat susah. Dengan wayar yang berselirat, badan yang lemah dan tidak bermaya. Solat pasti kurang khusyuk.
2. Makan. Orang sakit selalunya tidak ada selera makan. Makan pun dalam kuantiti yang sedikit.
3. Mandi. Nak ambil wudhu pun susah, apatah lagi nak mandi.
4. Jalan-jalan Huh, merepek. Kalo orang sakit pergi jalan-jalan mesti kena bebel. "Dah tau sakit nak pergi jugak!"
Baru-baru ni saya terlantar di wad akibat keracunan makanan dan jangkitan kuman di usus. Masuk air 3 botol dan beberapa kali suntikan amat merimaskan! Tetapi, fakta yang menarik ialah saya tidak pernah sakit sampai masuk wad. Dalam umur 20 tahun, baru saya dapat merasai apa itu wad :)
Alhamdulillah, sekarang saya dah kembali sihat.
Moga sakit saya adalah 'denda' buat segala dosa-dosa yang saya lakukan.
Moga sihat saya adalah 'peluang' untuk saya mengumpul seberapa banyak pahala yang saya mahukan.
Utara, Selatan, Barat dan Timur diam saat ini. lalu, aku bilang, cinta, rindu, kasih dan sayang itu kepunyaan Allah.. aku bilang, jika mahu rasai keindahannya, bercintalah dengan Allah.. aku bilang, saat mahu mencintai manusia, tanyalah Allah, Dia lebih Mengetahui.. dan.. aku bilang, jangan pernah berhenti berharap kepada Allah.. yakin dengan janjiNya.. insyaAllah :)
p/s : tak ada kena mengena sama ada yg hidup atau yg telah mati ya.. ;)
Huh! Hari ini blog saya diserang photobucket. Mahu saja saya delete blog ni. Nak cari template satu hal, terus tak jadi kerja saya. Liqa pun tak dapat pergi. Tak apa la, demi DakwatulIslam saya relakan juga.. Sampai saya jadi hang duduk depan laptop, dari jam 8pm-11pm lebih.
Tapi, sekurang-kurangnya blog saya berwajah baru kan??Moga Allah menilai kerja 'blog-memblog' ni sebagai ibadah.
Satu lagi yang buat emosi saya tak berapa elok hari ini. Buku saya banyak hilang.. Entah siapa yang pinjam saya pun tak tahu. Sensitifnya dengan buku.. Buku oh Buku..
Moga Allah bagi pahala untuk saya. Pahala pertama kerana saya bagi pinjam buku. Pahala yang kedua kerana saya terpaksa bersabar dengan si peminjam yang saya tak ketahui siapa.
Astaghfirullah.. Kalau sabar, banyak pahala pun boleh dapat. Yang penting jangan merungut.. Kan??
Ali Imran : 200. Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
Saya teringin berusrah di syurga, dengan naqibnya adalah Rasulullah dan naqibatnya adalah Aisyah dan Khadijah. Bersama sahabat dan adik-adik.. Usrah yang konsisten dan berkala. Dengan pelaksanaan yang sangat fleksibel, menarik dan penuh pengisian yang dikendalikan penuh oleh Rasulullah s.a.w. Subhanallah..
"Usah bicara soal demonstrasi dan referendum andai usrah asas tidak berjalan dengan baik.."
Ya, memang benar. Usrah adalah tunjang tarbiyah. Jika usrah gagal dilaksanakan, manakan dapat hasil yang dinanti. Hasil yang berkualiti. Realitinya, bukan mudah mendapat hasil yang berkualiti andai usaha infiniti. Tetapi, andai usaha melebihi kuantiti, jangan diharap hasil dapat kita kecapi saat ini. Mungkin suatu hari nanti.
Mentarbiyah, mendidik dan membentuk insan mengikut acuan Islam bukannya mudah. Bukan hanya menjadi Muslim biasa, tapi Super Muslim. Super Muslim adalah insan yang mampu menunaikan hak-hak Allah dan menunaikan tuntutan-tuntutan syahadah. Super Muslim adalah insan yang bukan hanya menjadi penyokong, tetapi mampu menjadi pendokong Islam. Bukan hanya boleh menjadi qudwah dalam jamaah, tetapi juga menjadi qudwah ijtima' dan orang sekeliling. Bukan sahaja menjadi pejuang biasa yang hanya pandai berkata-kata, tetapi mampu melakukan agenda liyukhrijannas minal ibadatil ibaad ila ibaadatil Rabbil ibaad(mengeluarkan manusia kepada penyembahan manusia kepada penyembahan Tuhan manusia). Ya, itulah hasil yang kita nantikan.
Memang tak dinafikan, kerja mentarbiyah adalah kerja yang sukar dan menuntut pengorbanan. Letih, penat, lelah. Terkadang, sifat lemah datang menggugat 'thabat' yang kita bina. Lalu sang pejuang jatuh dan menangis. Namun dalam tangisan itu, dia sedar. Tiada istilah rehat dalam perjuangan, melainkan rehat di syurga.
Saya pernah bergurau dengan seorang Ummi Yu,
"Betul ke memang tak ada tempat rehat dalam berjuang? R&R pun tak ada?"
Jawapannya untuk dulu, kini dan selamanya adalah TIDAK!
"Tahukah kau? Mujahadahku sebelum subuh mendarat, menyuci jiwa, berserah dan berharap. Moga dibukakan hijab mencari jawapan sebuah persoalan. Tahukah kau? Tahajudku sebelum fajar menyinsing, hatiku bergetar hanya kerana sebuah harapan yang terpagar.." - qalamhazin
Saya agak takut membicarakan soal harapan. Harapan adalah masa depan dan masa depan adalah sesuatu yang tidak pasti. Ia sangat misteri dan mendebarkan. Maka, sebab itulah saya gentar. Kerana saya tidak dapat membayangkan masa depan saya, saya juga tidak dapat menentukannya mengikut acuan kehendak saya. Hanya apa yang mampu saya lakukan ialah berdoa dan mengembalikan setiap harapan saya kepada Yang Maha Berkuasa.
Setiap orang berhak membayangkan masa depan mereka. Sama ada membayangkan yang indah-indah atau sebaliknya terpulang kepada individu. Juga manusia bebas memberikan harapan mereka kepada sesiapa sahaja yang mereka suka. Lazimnya, manusia meletakkan harapan yang tinggi kepada orang yang mereka kasihi dan sayangi. Kita bebas meletakkan harapan kita di dalam acuan apa sekalipun kerana ia adalah hak kita.
Cuma, harapan saya bukan harapan berbaur cinta dan kasih. Harapan saya berpagarkan mujahadah. Saya meletakkan harapan kepada seseorang bukan kerana saya mencintainya, bukan kerana saya mencintai peribadinya, fizikalnya atau tingkah lakunya, tetapi harapan saya adalah harapan yang perlu saya jaga dan ia perlu diatur mengikut peraturan Allah. Kerana saya yakin jika saya gagal menjaganya, maka secara tidak langsung saya gagal dalam mujahadah yang menuntut kesabaran walau kadangkala kita keletihan.
Harapan saya sangat tingi nilainya. Saya takut untuk meletakkan harapan tinggi melangit, kerana saya takut saya akan jatuh menyembah bumi. Saya takut menetapkan harapan seluas lautan, kerana saya takut saya akan lemas sendirian.
Seseorang telah mengajarkan saya erti bagaimana mengendalikan harapan. Mahukan tipsnya?
1. Doa 2. Yakin 3. Redha
Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Malah Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui kerana Dia Aaalimil Ghayb. Masa depan adalah termasuk dalam senarai perkara ghaib yang hanya tersimpan kemas dalam ilmu Allah. Kadangkala kita menganggap sesuatu adalah terbaik buat kita padahal di sisi Allah sebenarnya tidak. Allah berfirman dalam Al-Quran :
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."- AlBaqarah : 216
Harapan yang disemai perlu kepada jagaan rapi. Harapan perlu disiram dengan iman. Harapan perlu dibajai dengan taqwa dan redha.
Moga Allah menjauhkan kita daripada meletakkan harapan selain daripadaNya. Moga Allah menjaga hati kita daripada harapan berbaur cinta manusia.
Manusia adalah terdiri daripada dua elemen penting. Jasadiyah dan Ruhiyyah. Kedua-dua elemen ini memerlukan makanan yang seimbang supaya ia boleh terus berfungsi dengan baik. Namun, apa yang mahu saya jadikan titik fokus ialah makanan bagi Ruhiyyah. Kerana saya percaya, bila bercerita tentang makanan jasadiyah, secara spontan kita akan membayangkan makanan-makanan yang enak-enak dan lazat-lazat. Malah, setiap hari kita tidak pernah terlupa untuk mengisi dan membekalkan jasadiyah kita dengan bekalan yang secukupnya.
Anda tahu apa makanan Ruhiyyah? Makanan Ruhiyyah adalah Tarbiyah. Satu fakta yang penting, tidak ramai manusia yang berjaya membekalkan Ruhiyahnya dengan tarbiyah. Tarbiyah Ruhiyyah.
Istilah Tarbiyah Ruhiyyah ini dipelopori oleh Sheikh Said Hawa. Namun sebenarnya ia sudah lama wujud. Nabi s.a.w adalah Murobbi Tarbiyah yang agung. Markaz Tarbiyah Nabi s.a.w telah melahirkan Rijaluddakwah seperti Zaid b. Harithah, Ali b. Abi Thalib, Mus'ab b. Umair dan yang lain-lain yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk mempertahankan Islam. Antara method Tarbiyah Nabi s.a.w yang terdapat dalam Alquran ialah :
1. Yatlu 'alaihim Quran (Mengajar mereka tentang Al-Quran) 2. Tazkiyyah (Membersihkan diri mereka daripada apa sahaja jenis kotoran)
Markaz Tarbiyah Nabi s.a.w telah melahirkan Ruhban Fillail Wa Furson Finnahar (Rahib di malam hari dan kuda perang di siang hari). Juga, ia telah berjaya mengeluarkan produk-produk berjenama 'Combat' yang tidak mencintai dunia dan tidak takut mati. Walaupun sibuk dengan agenda dakwah dan perjuangan, namun hubungan dengan Allah tetap dijaga sebaiknya. Semakin rapat dhubungan kita dengan Allah, semakin mudah perjalanan perjuangan.
Dalam membicarakan soal Tarbiyah Ruhiyyah, masalah penting yang mesti kita 'cakna' ialah masalah hati. Sahabat ana selalu mengingatkan,
"Hati adalah tempat jatuhnya pandangan Allah. Bila hati kotor, maka tiadalah pandangan Alah buat kita."
Hati kita cuma satu, jika hati yang satu ini tidak dapat kita jaga supaya sentiasa akur dengan nilai Islam, maka sebenarnya kita akan gagal menggerakkan seluruh jasad kita untuk Islam. Jika hati yang satu ini gagal mengingati Allah, malah diberikan utama kepada manusia, maka kita gagal memberi bekalan yang berzat kepada Ruhiyyah kita. Jika hati yang sekeping ini kita calitkan dengan calitan noda dan dosa, maka kita akan gagal memandu seluruh kehidupan kita untuk cinta hakiki.
Maka, apa yang perlu kita lakukan untuk memperkuatkan Ruhiyyah kita dengan Tarbiyah?
1. Mendampingi Allah 2. Meletakkan cintasebulatnya kepada Allah 3. Cinta Rasul,sahabatnya dan para ulama 4. Kasih kepada saudara mukmin semata-mata kerana Allah 5. Mengingati mati.
Ruhiyyah yang tidak cukup ditarbiyyah akan melahirkan pejuang yang tidak istiqamah berjuang di jalan Allah. Seperti kereta yang kehabisan bateri, manakan bisa bergerak. Ia hanya terlantar kaku selamanya, melainkan ia diisi oleh pemilik kereta. Maka, fikir-fikirkanlah. :)
Saya mahu kongsi taujihat seseorang yang saya kira layak digelar reformis muda. Mungkin baik untuk para 'amiilin dan aktivis dakwah. Taujihat yang sudah agak lama namun masih tidak usang, termaktub dalam buku catatan biru saya :)
1. Jaga hak Allah, Allah jaga hak kamu 2. Jadi petugas yang komited dan munazzamah 3. Think big 4. Be a reformer 5. Multi-Disiplin(payah nyaa..) 6. Kekalkan diri dlaam kehambaan 7. Matang 8. Leader is reader 9. Bina Qudwah 10. Tadhiyyah-pengorbanan(lakukan sesuatu yang optimum tanpa menjejaskan sesuatu) 11. Well-perform 12. Al-Fahm akan melahirkan iltizam
Taujihat ini sangat ringkas dan sukar difahami, namun saya kira agak padat dengan pedoman. Moga bermanfaat untuk anda..
‘Manjalisme’ adalah virus yang menyerang sesetengah Daie masa kini, masa lalu dan akan datang. Sikap atau virus merbahaya ini akan menyerang mana-mana para aktivis dakwah yang tidak mahu mencegahnya. Apa yang nyata, Daie sebagai manusia tidak dapat lari dari kelemahan. Iman senantiasa turun dan naik. Kadangkala semangat memuncak, kadangkala merudum. Ketika ini syaitan mula memainkan peranan mereka.
Antara tanda-tanda daie yg terkena virus ‘manjalisme’
-Tidak tahan ujian
-Cepat putus asa
-Banyak mengeluh
-Tidak percaya kebolehan diri
-Mengharapkan suasana lapangan tarbiyyah yang selalu selesa
-Tidak mahu dirinya ditegur dan diperbetul,mudah sensitif atas teguran
-Tidak melawan rasa malas yang membelenggu diri
-Memberi 1001 alasan atas amanah yang diberikan
-Tidak melaksanakan amanah atas alasan tidak mampu
-Tidak biasa meletakan diri dalam suasana kekangan dan tekanan dari segi mental dan fizikal
-Terlalu mengharapkan bantuan orang lain
-Dan lain-lain
Tanda-tanda yang sudah saya senaraikan di atas adalah antara tanda-tanda daie yang terkena virus ‘manjalisme’. Saya juga tidak terlepas dengan sikap-sikap di atas. Ya, kita sebagai manusia. Daie juga adalah manusia,Murobbi juga adalah manusia. Namun Daie bukan sekadar manusia yang hidup tanpa matlamat yang jelas. Daie yang mempunyai kefahaman meletakkan hanya 2 matlamat hidupnya. Hamba dan khalifah.
Saya tidak menyalahkan diri sang daie jika ada antara mereka terkena virus ‘manjalisme’ kerana manusia tidak semuanya sempurna, di sana pasti ada kelemahan. Tetapi bukan bermakna Daie hanya membiarkan tanda-tanda di atas menular dalam dirinya. Mencegah adalah lebih baik. Jika sudah menular, nescaya ia akan merebak dan virus tersebut menjadikan kondisi seorang daie di tahap yang kritikal.
Kita lihat satu contoh yang memaparkan kepada kita bahawa virus di atas mampu ita cegah.
Marilah kita telusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Imam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Dialah yang disebutkan Hasan Al Banna orang yang sepulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari waktu ke waktu secara maraton. Ia selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Sesudah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya bekerja. Malah, ia yang membukakan pintu gerbangnya.
Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail pamit untuk ke kota lainnya. Karena keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan ongkos untuk naik taksi. Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan taksi dan mobil-mobil mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Karena itu, pakailah ongkos ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirahat sejenak.” Ia pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu. Namun, saya khawatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kendaraan umum saja.”
Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerah-Nya.
Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah bagus yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini. Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini.
Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Tribulasi perjuangan dakwah Islam merupakan kenderaan yang akan menghantar kita kepada kejayaan. Semoga Allah menghimpun kita dalam kebaikan. Wallahu’alam.
“Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu. Tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka, mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, “Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu.” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.” Attaubah ; 42